Spaghetti Auntie TIM Pes Rendang Cili Api

Ni cubaan untuk masak Western menggunakan Auntie TIM pes Rendang Cili Api.

Bahan-bahan yang diperlukan..

Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan bawang putih. Masukkan daging cincang
Masukkan Auntie TIM Pes Rendang Cili Api. Pes Rendang Cili Api ni bergantunglah nak letak banyak atau sikit. Kalau suka pedas letaklah banyak.
Masak hingga naik minyak
Masukkan udang
Masukkan Spaghetti. Spaghetti ni kenalah rebus dulu ye
Gaul rata. Masukkan garam, serbuk perasa mengikut citarasa
Masukkan chili flake. Ini bergantunglah, nak letak banyak ke sikit.
Siap!!

Berapa lama masa nak masak?

Tak lama pun. Dalam masa 10-15 minit da siap semua. Pagi tadi pun Auntie TIM kelam kabut bangun tak defrost daging dengan udang lagi.

Tapi masih boleh siap dalam masa 10-15 minit.

Sesuai untuk kanak-kanak ke?

Auntie TIM memang masak untuk kanak-kanak makan. Jadinya masakan Auntie TIM tak boleh pedas sangat, nanti anak-anak tak makan.

Sesiapa yang suka pedas bolehlah letak Auntie TIM Pes Rendang Cili Api tu lebih sikit. Baru pedas dan terangkat!

Followlah Auntie TIM..

Jangan lupa like posting ini juga!

Resepi Sedap Auntie TIM Sambal Serbaguna Sotong

Nak masak Sotong Sambal? Ni nak share sotong sambal yang ambil masa tak lebih dari 10 minit memasak. Cepat sangat ni!!

Auntie TIM Sambal Serbaguna

Auntie TIM Sambal Serbaguna ialan sambal yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Auntie TIM Sambal Serbaguna boleh digunakan untuk masak Sambal, masak Asam pedas, Masak Paprik, Masak Tomyam, Masak Kari.

Kesemua bahan-bahan sambal seperti cili kering, bawang telah dikisar dan dimasak selama 4 jam. Auntie TIM Sambal Serbaguna juga boleh dimakan terus. Goreng telur dan tabur je Auntie TIM Sambal Serbaguna.

Resepi Auntie TIM Sambal Serbaguna Sotong

Kenapa kena guna Auntie TIM Sambal Serbaguna?

Auntie TIM Sambal Serbaguna memang mudah, tuang je sambal dalam kuali dan letak sotong.. Selesai.. Tak payah lagi nak kupas bawang, kisar cili. Kesemua bahan-bahan sambal telah siap untuk dimasak dalam Auntie TIM Sambal Serbaguna.

Kelebihan Auntie TIM Sambal Serbaguna

Bagi yang ada alahan belacan, jangan takut kerana Auntie TIM Sambal Serbaguna tidak mengandungi belacan.

Auntie TIM Sambal Serbaguna juga tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet.

Jangan lupa ikut kami di

Mudahnya masak rendang dengan Auntie TIM Pes Rendang

Nak masak rendang tapi malas sebab banyak bahan dan penyediaan yang lama?

Tidak lagi dengan Auntie TIM pes Rendang. Masuk je semua, terus siap. Tak payah lagi nak kupas kunyit, bawang, kisar cili..

Kenapa Auntie TIM Pes Rendang?

Dengan Auntie TIM Pes Rendang, semua bahan-bahan rendang siap untuk di masak.

Cuma tambah air, santan, daging atau ayam. Gula, garam, dan serbuk perasa bergantung kepada citarasa masing-masing.

Siapa yang perlu guna Auntie TIM Pes Rendang?

Bagi orang-orang yang tak punya banyak masa di dapur.

Yang tak berapa nak pandai masak rendang. Sebab rendang ni banyak sangat bahan-bahan yang di perlukan.

Bila nak guna Auntie TIM Pes Rendang?

Bila-bila masa je boleh gunakan Auntie TIM Pes Rendang ni sebabnya ia sangat mudah. Nak masak untuk lunch ke dinner ke.. Boleh je.

Nak jamu keluarga.. Nak jamu saudara mara, nak jamu kawan-kawan.. Semua boleh!

Cara-cara Memasak Auntie TIM Pes Rendang

Panaskan minyak. Masukkan Auntie TIM Pes Rendang, tumis hingga naik minyak.

Letak serai dan daun kunyit (tak nak letak pun tak pe sebab dalam Auntie TIM Pes Rendang dah ada, Auntie TIM letak sebab belakang rumah banyak daun kunyit dan serai)

Masukkan daging atau ayam, masukkan air dan santan.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa bergantung kepada citarasa masing-masing.

Biarkan daging atau ayam masak. Dah masak bolehlah angkat.

Bagi yang suka berkuah, tak perlu masak lama sangat. Tapi bagi yang suja kering, bolehlah masak lama sikit.

Selamat Mencuba!!

Auntie TIM Pes Rendang Hitam

DESCRIPTION

  • Ready to eat
  • Ready to cook
  • No preservatives
  • No MSG

INGREDIENTS

Dried Chilli

Onion

Cooking Oil

Anchovies

Acetes (Udang Geragau)

Garcinia Atroviridis (asam keping)

Palm Sugar

Salt

Fried Coconut paste

Lemongrass

Tumeric

Tumeric Leaves

Ginger

Soy Sauce

PACKAGING & WEIGHT

Bottle

Plastic Seal Cap

Weight

250gm

Auntie TIM Pes Rendang

DESCRIPTION

  • Ready to eat
  • Ready to cook
  • No preservatives
  • No MSG

INGREDIENTS

Dried Chilli

Onion

Cooking Oil

Anchovies

Acetes (Udang Geragau)

Garcinia Atroviridis (asam keping)

Palm Sugar

Salt

Fried Coconut paste

Lemongrass

Tumeric

Tumeric Leaves

Ginger

Chilli

PACKAGING & WEIGHT

Bottle

Plastic Seal Cap

Weight

250gm