Kambing Marinate Auntie TIM Pes Rendang Cili Api

Auntie TIM Pes Rendang Cili Api ini bukan saja boleh di masak rendang, masak lemak cili api tapi Pes Rendang Cili Api ini juga bole dijadikan bahan perapan.

Bahan-bahan

  • Kambing
  • Auntie TIM Pes Rendang Cili Api
  • Garam / Maggi Cukup Rasa (ikut citarasa)

Cara-cara

Kambing
2 sudu Auntie TIM Pes Rendang Cili Api
Gaul rata
Bakar 160° untuk 20 minit. Both side
SIAP!!!

Pedas Tak?

Auntie TIM Pes Rendang Cili Api ini memang pedas. Letak sikit je kalau tak tahan pedas.

Boleh perap apa lagi?

Boleh perap ayam, ikan dan daging. Next time kita cuba resepi perap yang lain pula.

Video masakan

Follow Auntie TIM

Ayam Sambal Auntie TIM Sambal Serbaguna

Ayam sambal Auntie TIM Sambal Serbaguna mudah dan senang nak masak. Tak perlu lama-lama duduk di dapur lagi.

Bahan-bahan

  • Ayam goreng
  • Auntie TIM Sambal Serbaguna
  • Minyak
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Belacan (ikut citarasa, nak letak boleh, tak nak pun tak pe)
  • Maggi Cukup Rasa
  • Bawang besar

Cara-cara

Tumis Auntie TIM Sambal Serbaguna
Letak belacan
Letak cili sos dan sos tomato
Masukkan Maggi cukup rasa
Masukkan ayam goreng
Masukkan bawang besar
Masak sampai semua mesra
SIAP!!!

Video Masakan

Follow kami di..

Ikan Pindang Auntie TIM Pes Rendang Cili Api

Harini Auntie TIM nak kongsi resepi masak Pindang gunakan Auntie TIM Pes Rendang Cili Api.

Produk-produk Auntie TIM memang boleh masak pelbagai sajian. Bukan saja Auntie TIM Pes Rendang Cili Api boleh masak rendang, lemak cili api, kali ni kita cuba pulah masak pindang.

Bahan-bahan

  • Ikan (ikut suka nak ikan apa)
  • Auntie TIM Pes Rendang Cili Api
  • Serai
  • Daun Kunyit
  • Sayur (ikut suka nak letak sayur apa)
  • Asam keping
  • Maggi Cukup Rasa
  • Garam (ikut citarasa, nak letak boleh)

Cara-cara

Rebus Air dan Pes Rendang Cili Api
Letak serai dan daun kunyit
Masukkan Maggi cukup rasa dan asam keping
Masukkan Ikan
Masukkan Sayur
Masukkan tomato
Siap!!

Video Ikan Pindang Auntie TIM Pes Rendang Cili Api

Jangan lupa like, share dan Subscribe…

Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Semalam buat nasi goreng Auntie TIM Sambal ikan masin. Mudah sangat. Bahan-bahan pun sikit je.

Nasi goreng Auntie TIM Sambal Ikan Masin

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nasi
  • Bawang
  • Bawang putih
  • Halia
  • Auntie TIM Sambal Ikan Masin
  • Auntie TIM Sambal Serbaguna
  • Maggi Cukup Rasa

Cara-cara

Tumis bawang, bawang putih dan halia
Masukkan Auntie TIM Sambal Serbaguna
Masukkan Auntie TIM Sambal Ikan Masin
Masukkan Maggi cukup rasa
Masukkan nasi
Masak hingga semua bahan-bahan mesra
Siap!!

Video Masakan

Ikut Auntie TIM di

5 minit masak Udang Masak Lemak Auntie TIM Rendang Cili Api

Auntie TIM Pes Rendang Cili Api ni bukan saja boleh masak rendang tapi juga boleh masak Lemak cili Api.

Itulah keistimewaan produk-produk Auntie TIM. Semua produk Auntie TIM boleh di pelbagai.

Terima Kasih Mama Zura

Ni adalah masakan dari Mama Zura yang menggunakan produk Auntie TIM.

Terima Kasih kerana sudi mencuba Auntie TIM Pes Rendang Cili Api.

Bahan-bahan

  • Udang
  • Auntie TIM Pes Rendang Cili Api
  • Santan
  • Air
  • Garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa

Cara-cara Memasak Udang Masak Lemak Auntie TIM Pes Rendang Cili Api

  • Bersihkan udang
  • Panaskan kuali dan tumis Auntie TIM Pes Rendang Cili Api sampai naik minyak
  • Masukkan santan dan air
  • Masukkan udang
  • Angkat bila udang masak.
Selamat Mencuba!!!

Jangan lupa follow Auntie TIM like dan subscribe

Jerebu ni! Kita masak Sup Siam.

Auntie TIM selalu akan masak yang mudah, cepat dan sedap sebab Auntie TIM tak da banyak masa di dapur.

Langkah-langkah dan Cara-cara ada di gambar

Bahan-bahan yang Auntie TIM guna ni, apa yang ada dalam peti ais.

Banyak bahan-bahan tak da. Auntie TIM guna apa yang ada je.

Perencah Sup Siam Adabi
Tumis bawang, bawang putih, halia, limau purut, serai, bunga lawang, cengkih. Kemudian masukkan Adabi Perencah Sup Siam.
Masukkan ayam dan air
Masukkan Serbuk Perasa, garam ikut citarasa
Masak hingga ayam masak.
Siap!

Video Masakan Auntie TIM

Jangan lupa like posting ni dan follow kami

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/Sambal-Mak-Mah-1970636032979226/

Instagram: https://www.instagram.com/sambalmakmah/

Twitter: https://twitter.com/auntie_tim

Blog: https://auntietim.food.blog/

Nasi Goreng Auntie TIM Sambal Ikan bilis

Senang sangat guna Auntie TIM Sambal Ikan bilis ini. Bukan saja boleh makan gitu je, boleh juga buat Nasi Goreng.

Cara-Cara dan Bahan-bahan

  • Nasi Semalam
  • Minyak
  • Auntie TIM Sambal Ikan bilis
  • Serbuk Perasa Maggi Pasti sedap

4 Bahan Aje?

Ye.. 4 bahan aje. Mudah dan senangkan. Bole ikut langkah-langkah di gambar.

Tumis Auntie TIM Sambal Ikan bilis
Masukkan Serbuk Perasa Maggi pasti sedap
Masukkan Nasi
Gaul dan angkat
Siap!

Follow Auntie TIM

Jangan lupa untuk follow dan like page Auntie TIM

Mudahnya masak rendang dengan Auntie TIM Pes Rendang

Nak masak rendang tapi malas sebab banyak bahan dan penyediaan yang lama?

Tidak lagi dengan Auntie TIM pes Rendang. Masuk je semua, terus siap. Tak payah lagi nak kupas kunyit, bawang, kisar cili..

Kenapa Auntie TIM Pes Rendang?

Dengan Auntie TIM Pes Rendang, semua bahan-bahan rendang siap untuk di masak.

Cuma tambah air, santan, daging atau ayam. Gula, garam, dan serbuk perasa bergantung kepada citarasa masing-masing.

Siapa yang perlu guna Auntie TIM Pes Rendang?

Bagi orang-orang yang tak punya banyak masa di dapur.

Yang tak berapa nak pandai masak rendang. Sebab rendang ni banyak sangat bahan-bahan yang di perlukan.

Bila nak guna Auntie TIM Pes Rendang?

Bila-bila masa je boleh gunakan Auntie TIM Pes Rendang ni sebabnya ia sangat mudah. Nak masak untuk lunch ke dinner ke.. Boleh je.

Nak jamu keluarga.. Nak jamu saudara mara, nak jamu kawan-kawan.. Semua boleh!

Cara-cara Memasak Auntie TIM Pes Rendang

Panaskan minyak. Masukkan Auntie TIM Pes Rendang, tumis hingga naik minyak.

Letak serai dan daun kunyit (tak nak letak pun tak pe sebab dalam Auntie TIM Pes Rendang dah ada, Auntie TIM letak sebab belakang rumah banyak daun kunyit dan serai)

Masukkan daging atau ayam, masukkan air dan santan.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa bergantung kepada citarasa masing-masing.

Biarkan daging atau ayam masak. Dah masak bolehlah angkat.

Bagi yang suka berkuah, tak perlu masak lama sangat. Tapi bagi yang suja kering, bolehlah masak lama sikit.

Selamat Mencuba!!

Cara buat Sambal Nasi Lemak dengan Sambal Serbaguna Auntie TIM

Untuk menyediakan Sambal Nasi Lemak dengan mudah, cepat dan sedap agak susah kerana penyediaannya agak rumit. Sambal Nasi Lemak merupakan nadi untuk nasi lemak. Penggunaan Sambal Serbaguna Auntie TIM memudahkan kerja untuk memasak Sambal Nasi Lemak. Tidak perlu lagi penyediaan bahan-bahan yang banyak, dapur berselerak dan mengambil masa yang panjang. Mudah dengan Sambal Serbaguna Auntie TIM untuk Sambal Nasi Lemak!!

Sambal Serbaguna Auntie TIM

Sambal Serbaguna Auntie TIM merupakan sambal sedia di makan dan juga sedia dimasak. Sambal Serbaguna Auntie TIM mengandungi bahan-bahan seperti bawang, cili, ikan bilis, minyak, garam dan gula.

Cara Penggunaan Sambal Serbaguna Auntie TIM

Sambal Serbaguna Auntie TIM boleh dimakan terus. Boleh dijadikan juga sebagai sos; goreng telur dan tuang Sambal Serbaguna Auntie TIM. Sambal Serbaguna Auntie TIM juga boleh dimasak untuk pelbagai sajian. Sajian seperti Sambal Ikan, Sambal Nasi Lemak, Tomyam, Kari, Asam pedas dan pelbagai lagi sajian.

Siapa perlu gunakan Sambal Serbaguna Auntie TIM

  • Orang yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak.
  • Ibu-ibu yang banyak kerja yang perlu diuruskan dirumah dan tiada masa yang banyak untuk memasak.
  • Orang-orang yang bekerja.
  • Orang-orang yang tidak pandai memasak.

Cara Penggunaan Sambal Serbaguna Auntie TIM

Sambal Serbaguna Auntie TIM boleh dimakan terus. Boleh dijadikan juga sebagai sos; goreng telur dan tuang Sambal Serbaguna Auntie TIM. Sambal Serbaguna Auntie TIM juga boleh dimasak untuk pelbagai sajian. Sajian seperti Sambal Ikan, Sambal Nasi Lemak, Tomyam, Kari, Asam pedas dan pelbagai lagi sajian.

Kenapa kena gunakan Sambal Serbaguna Auntie TIM

Tak perlu kisar bahan-bahan lain untuk memasak sambal. Cuma tuangkan Sambal Serbaguna Auntie TIM. Semudah ABC!!

Resepi Sambal Nasi Lemak Sambal Serbaguna Auntie TIM

Bahan-Bahan

Sambal Serbaguna Auntie TIM

Minyak untuk menumis

Ikan Bilis

Bawang Besar

Cara Penyediaan

Panaskan Kuali dan letakkan minyak.

Masukkan Sambal Serbaguna Auntie TIM. Tumis sehingga naik minyak

Masukkan Ikan Bilis dan bawang Besar

Angkat setelah masak

Dimana nak dapatkan Sambal Serbaguna Auntie TIM

Ikuti FB page Sambal Serbaguna Auntie TIM, tekan link ini