Mudahnya masak rendang dengan Auntie TIM Pes Rendang

Nak masak rendang tapi malas sebab banyak bahan dan penyediaan yang lama?

Tidak lagi dengan Auntie TIM pes Rendang. Masuk je semua, terus siap. Tak payah lagi nak kupas kunyit, bawang, kisar cili..

Kenapa Auntie TIM Pes Rendang?

Dengan Auntie TIM Pes Rendang, semua bahan-bahan rendang siap untuk di masak.

Cuma tambah air, santan, daging atau ayam. Gula, garam, dan serbuk perasa bergantung kepada citarasa masing-masing.

Siapa yang perlu guna Auntie TIM Pes Rendang?

Bagi orang-orang yang tak punya banyak masa di dapur.

Yang tak berapa nak pandai masak rendang. Sebab rendang ni banyak sangat bahan-bahan yang di perlukan.

Bila nak guna Auntie TIM Pes Rendang?

Bila-bila masa je boleh gunakan Auntie TIM Pes Rendang ni sebabnya ia sangat mudah. Nak masak untuk lunch ke dinner ke.. Boleh je.

Nak jamu keluarga.. Nak jamu saudara mara, nak jamu kawan-kawan.. Semua boleh!

Cara-cara Memasak Auntie TIM Pes Rendang

Panaskan minyak. Masukkan Auntie TIM Pes Rendang, tumis hingga naik minyak.

Letak serai dan daun kunyit (tak nak letak pun tak pe sebab dalam Auntie TIM Pes Rendang dah ada, Auntie TIM letak sebab belakang rumah banyak daun kunyit dan serai)

Masukkan daging atau ayam, masukkan air dan santan.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa bergantung kepada citarasa masing-masing.

Biarkan daging atau ayam masak. Dah masak bolehlah angkat.

Bagi yang suka berkuah, tak perlu masak lama sangat. Tapi bagi yang suja kering, bolehlah masak lama sikit.

Selamat Mencuba!!

Advertisement

Auntie TIM Pes Rendang Hitam

DESCRIPTION

  • Ready to eat
  • Ready to cook
  • No preservatives
  • No MSG

INGREDIENTS

Dried Chilli

Onion

Cooking Oil

Anchovies

Acetes (Udang Geragau)

Garcinia Atroviridis (asam keping)

Palm Sugar

Salt

Fried Coconut paste

Lemongrass

Tumeric

Tumeric Leaves

Ginger

Soy Sauce

PACKAGING & WEIGHT

Bottle

Plastic Seal Cap

Weight

250gm

Auntie TIM Pes Rendang

DESCRIPTION

  • Ready to eat
  • Ready to cook
  • No preservatives
  • No MSG

INGREDIENTS

Dried Chilli

Onion

Cooking Oil

Anchovies

Acetes (Udang Geragau)

Garcinia Atroviridis (asam keping)

Palm Sugar

Salt

Fried Coconut paste

Lemongrass

Tumeric

Tumeric Leaves

Ginger

Chilli

PACKAGING & WEIGHT

Bottle

Plastic Seal Cap

Weight

250gm

5 cara mudah masak Rendang Cili Api Auntie TIM

Bulan Raya ini, pastinya ramai yang masak rendang. Harini Auntie TIM nak share resepi Rendang Daging Cili Api Auntie TIM. Sesuai dengan namanya rendang ini agak pedas. Kalau tak tahan pedas sangat boleh kurangkan sedikit pes Rendang Daging Cili Api Auntie TIM .

Selalunya orang akan sibuk memasak rendang sehari sebelum Raya, tapi percaya tak kalau Auntie TIM bagitau yang Auntie TIM masak rendang pukul 730 pagi hari Raya dan siap sebelum 830. Itupun sebab menunggu daging tu masak dalam pressure cooker.

Kenapa perlu guna Rendang Cili Api Auntie TIM?

Rendang Daging Cili Api Auntie TIM ini semudah ABC, senang sangat. Tak perlu nak bahan-bahan yang macam-macam. Cuma bahan-bahan asas saja seperti santan, air dan ayam/daging.

Bagi yang nak tambah perasa, bawang, serai atau bahan-bahan lain untuk menyedapkan masakan, bolehlah tambah ikut citarasa masing-masing.

Siapa yang sesuai untuk guna Rendang Cili Api Auntie TIM?

Disebabkan sifat-sifat produk Auntie TIM adalah sedia dimasak dan sedia dimakan, Rendang Daging Cili Api Auntie TIM ini boleh digunakan oleh semua orang yang tak da banyak masa di dapur. Terutama orang-orang yang bekerja dan suri rumah yang sibuk menguruskan hal-hal anak-anak dan hal rumah.

Bila nak guna Rendang Cili Api Auntie TIM?

Rendang Daging Cili Api Auntie TIM ini bukan saja boleh digunakan untuk masak rendang, ia juga boleh digunakan untuk masak lemak. Rendang Cili Api ini boleh divariasikan. Nak masak rendang boleh, nak masak lemak cili api pun boleh. Mudahkan!!

Cara-cara memasak Daging Rendang Cili Api Auntie TIM

  1. Panaskan kuali dan letak minyak
  2. Tumiskan Rendang Daging Cili Api Auntie TIM
  3. Masukkan air,santan dan daging
  4. Masukkan perasa, serai, daun kunyit, daun limau (sekiranya nak, taknak pun tak pa)
  5. Angkat bila masak (kepekatan kuah, ikut citarasa masing-masing)
nfd

Sebab rendang cili api ni pedas, Auntie TIM tak masak banyak. Ni sekilo daging je. Pes Rendang Daging Cili Api Auntie TIM tu pun letak dalam 2 sudu besar je.

nfd

Mana nak dapatkan Rendang Cili Api Auntie TIM?