
1005
2020
Salam Nuzul Al-Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah SAW dan berterusan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al Quran berlaku ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.