Rendang Ayam Auntie TIM Pes Rendang

Harini Auntie TIM masak rendang Ayam dengan menggunakan Auntie TIM Pes Rendang.

Auntie TIM Pes Rendang ini dah siap semua bahan-bahan rendang. Cuma masukkan ayam, santan dan air. Sekiranya nak tambah bahan-bahan lain, boleh saja.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Auntie TIM Pes Rendang
  • Minyak
  • Santan
  • Air
  • Maggi Cukup Rasa
  • Limau purut, Serai dan daun kunyit (terpulang nak letak atau tak)

Cara-cara Memasak ayam Auntie TIM Pes Rendang

Tumiskan Auntie TIM Pes Rendang
Masukkan serai dan daun kunyit. Rumah Auntie TIM ada byk daun kunyit dan serai.. Tgk sampai layu dah.. Tu yang letak nak kasi habis. Tak nak letak pun tak pe.
Masukkan Maggi cukup rasa
Masukkan santan.
Masukkan air
Masukkan ayam
Masukkan limau purut. Masak sampai ayam empuk
Siap!!!

Video ayam Auntie TIM Pes Rendang

5 minit masak Udang Masak Lemak Auntie TIM Rendang Cili Api

Auntie TIM Pes Rendang Cili Api ni bukan saja boleh masak rendang tapi juga boleh masak Lemak cili Api.

Itulah keistimewaan produk-produk Auntie TIM. Semua produk Auntie TIM boleh di pelbagai.

Terima Kasih Mama Zura

Ni adalah masakan dari Mama Zura yang menggunakan produk Auntie TIM.

Terima Kasih kerana sudi mencuba Auntie TIM Pes Rendang Cili Api.

Bahan-bahan

  • Udang
  • Auntie TIM Pes Rendang Cili Api
  • Santan
  • Air
  • Garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa

Cara-cara Memasak Udang Masak Lemak Auntie TIM Pes Rendang Cili Api

  • Bersihkan udang
  • Panaskan kuali dan tumis Auntie TIM Pes Rendang Cili Api sampai naik minyak
  • Masukkan santan dan air
  • Masukkan udang
  • Angkat bila udang masak.
Selamat Mencuba!!!

Jangan lupa follow Auntie TIM like dan subscribe

Jerebu ni! Kita masak Sup Siam.

Auntie TIM selalu akan masak yang mudah, cepat dan sedap sebab Auntie TIM tak da banyak masa di dapur.

Langkah-langkah dan Cara-cara ada di gambar

Bahan-bahan yang Auntie TIM guna ni, apa yang ada dalam peti ais.

Banyak bahan-bahan tak da. Auntie TIM guna apa yang ada je.

Perencah Sup Siam Adabi
Tumis bawang, bawang putih, halia, limau purut, serai, bunga lawang, cengkih. Kemudian masukkan Adabi Perencah Sup Siam.
Masukkan ayam dan air
Masukkan Serbuk Perasa, garam ikut citarasa
Masak hingga ayam masak.
Siap!

Video Masakan Auntie TIM

Jangan lupa like posting ni dan follow kami

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/Sambal-Mak-Mah-1970636032979226/

Instagram: https://www.instagram.com/sambalmakmah/

Twitter: https://twitter.com/auntie_tim

Blog: https://auntietim.food.blog/

Nasi Goreng Auntie TIM Sambal Ikan bilis

Senang sangat guna Auntie TIM Sambal Ikan bilis ini. Bukan saja boleh makan gitu je, boleh juga buat Nasi Goreng.

Cara-Cara dan Bahan-bahan

  • Nasi Semalam
  • Minyak
  • Auntie TIM Sambal Ikan bilis
  • Serbuk Perasa Maggi Pasti sedap

4 Bahan Aje?

Ye.. 4 bahan aje. Mudah dan senangkan. Bole ikut langkah-langkah di gambar.

Tumis Auntie TIM Sambal Ikan bilis
Masukkan Serbuk Perasa Maggi pasti sedap
Masukkan Nasi
Gaul dan angkat
Siap!

Follow Auntie TIM

Jangan lupa untuk follow dan like page Auntie TIM

Sambal Udang dengan Auntie TIM Sambal Serbaguna

Bahan-bahan dan Cara-cara di gambar.

Di setiap gambar ada bahan-bahan yang diperlukan dan Cara-cara untuk memasak Sambal Udang dengan Auntie TIM Sambal Serbaguna.

Sungguh mudah dan cepat. Tak perlu mahir di dapur pun bole siapkan masakan yang sedap.

Tumis Sambal serbaguna sampai naik minyak.
Letak belacan. Ini terpulanglah pada citarasa masing-masing. Nak letak boleh, tak nak pun tak pe
Letak sedikit air. Tumis lagi
Letak udang. Udang ni terpulanglah nak kupas kulit semua ke, tak nak ke.. Terpulanglah!
Biar udang sampai masak.
Siap!!

Selamat Mencuba!

Cubalah Sambal Udang dengan Auntie TIM Sambal Serbaguna ni.. Mudah, cepat dan sedap!

Follow Auntie TIM

Jangan lupa follow Auntie TIM

Mudahnya masak Paprik Ayam guna Auntie TIM Sambal Serbaguna

Harini Auntie TIM masak paprik ayam cara mudah dengan menggunakan Auntie TIM Sambal Serbaguna. Cara-cara dan bahan-bahan boleh ikut di gambar.

Jangan lupa like posting Auntie TIM.

Bahan-bahan dan Cara-cara

Tumiskan bahan kisar bawang, halia dan bawang putih. Lepss naik minyak masukkan serai dan daun limau purut.
Masukkan Auntie TIM Sambal Serbaguna, cili sos, sos tomato dan sos tiram. Tumis sampai rata.

Masukkan ayam.
Letak air sikit, Masukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
Masukkan sayur ikut suka. Auntie TIM masukkan sayur buncid bunga kobis dan carrot.
Masak sehingga semua empuk
Siap!!!

Video masakan Auntie TIM

Jangan lupa follow Auntie TIM

Resepi Kari Kepala Ikan Auntie TIM Sambal Serbaguna

Kari Kepala Ikan ni cara Auntie TIM ye.. Mungkin anda ada cara tersendiri. Ikut sukalah nak masak macam mana, janji ada orang makan.

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan boleh ikut langkah demi langkah di gambar

Tumis bawang dan serai.
Masukkan bawang, bawang putih dan halia yang dikisar kering. Masak sampai naik minyak.
Masukkan kayu manis, bunga lawang dan cengkih.
Untuk pedas, masukkan Auntie TIM Sambal Serbaguna. Kacau hingga naik minyak
Masukkan kari ikan. Tumis lagi.
Masukkan air.
Masukkan santan
Masukkan kepala ikan
Masukkan asam keping
Masukkan gula, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa
Siap!!!

Nak tambah bahan-bahan lain?

Boleh je.. Boleh tambah sayur-sayur seperti bendi, kentang atau tomato. Daun kari pun boleh tambah. Auntie TIM tak letak sebab daun kari tak ada.

Pedas tak?

Kalau nak pedas lagi boleh tambah Auntie TIM Sambal Serbaguna lagi. Bergantung kepada citarasa masing-masing.

Ikut kami di…

Spaghetti Auntie TIM Pes Rendang Cili Api

Ni cubaan untuk masak Western menggunakan Auntie TIM pes Rendang Cili Api.

Bahan-bahan yang diperlukan..

Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan bawang putih. Masukkan daging cincang
Masukkan Auntie TIM Pes Rendang Cili Api. Pes Rendang Cili Api ni bergantunglah nak letak banyak atau sikit. Kalau suka pedas letaklah banyak.
Masak hingga naik minyak
Masukkan udang
Masukkan Spaghetti. Spaghetti ni kenalah rebus dulu ye
Gaul rata. Masukkan garam, serbuk perasa mengikut citarasa
Masukkan chili flake. Ini bergantunglah, nak letak banyak ke sikit.
Siap!!

Berapa lama masa nak masak?

Tak lama pun. Dalam masa 10-15 minit da siap semua. Pagi tadi pun Auntie TIM kelam kabut bangun tak defrost daging dengan udang lagi.

Tapi masih boleh siap dalam masa 10-15 minit.

Sesuai untuk kanak-kanak ke?

Auntie TIM memang masak untuk kanak-kanak makan. Jadinya masakan Auntie TIM tak boleh pedas sangat, nanti anak-anak tak makan.

Sesiapa yang suka pedas bolehlah letak Auntie TIM Pes Rendang Cili Api tu lebih sikit. Baru pedas dan terangkat!

Followlah Auntie TIM..

Jangan lupa like posting ini juga!

Resepi Sedap Auntie TIM Sambal Serbaguna Sotong

Nak masak Sotong Sambal? Ni nak share sotong sambal yang ambil masa tak lebih dari 10 minit memasak. Cepat sangat ni!!

Auntie TIM Sambal Serbaguna

Auntie TIM Sambal Serbaguna ialan sambal yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Auntie TIM Sambal Serbaguna boleh digunakan untuk masak Sambal, masak Asam pedas, Masak Paprik, Masak Tomyam, Masak Kari.

Kesemua bahan-bahan sambal seperti cili kering, bawang telah dikisar dan dimasak selama 4 jam. Auntie TIM Sambal Serbaguna juga boleh dimakan terus. Goreng telur dan tabur je Auntie TIM Sambal Serbaguna.

Resepi Auntie TIM Sambal Serbaguna Sotong

Kenapa kena guna Auntie TIM Sambal Serbaguna?

Auntie TIM Sambal Serbaguna memang mudah, tuang je sambal dalam kuali dan letak sotong.. Selesai.. Tak payah lagi nak kupas bawang, kisar cili. Kesemua bahan-bahan sambal telah siap untuk dimasak dalam Auntie TIM Sambal Serbaguna.

Kelebihan Auntie TIM Sambal Serbaguna

Bagi yang ada alahan belacan, jangan takut kerana Auntie TIM Sambal Serbaguna tidak mengandungi belacan.

Auntie TIM Sambal Serbaguna juga tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet.

Jangan lupa ikut kami di