
Pada September 2018, Auntie TIM telah menyertai program Made by Malaysia Loved by the World yang telah berlangsung di Dewan Perdana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Lanjutan dari program itu, Auntie TIM telah menghadiri taklimat yang diadakan oleh Avana sebanyak dua kali. Pada mulanya agak tak berapa nak faham bila diberi platform percubaan, dengan fungsi-fungsi platform yang sedia ada. Pelbagai persoalan ditanya dan Alhamdulillah dijawab dengan baik masa itu oleh Encik Andy. Pada taklimat yang pertama, wakil dari Matrade juga hadir.
Selesai taklimat, langkah seterusnya ialah berdaftar dengan pihak Matrade di bawah proram E-Trade. Pastikan perniagaan atau syarikat anda berdaftar dengan SSM.
E-Trade Incentives

Bolehlah daftar E-trade anda disini;-
http://www.matrade.gov.my/en/etrade/application-procedure



Sila pastikan anda lengkapkan segala yang diperlukan di dalam borang. Sekiranya ada persoalan seperti, tiada caruman majikan (KWSP), bolehlah tulis satu surat mengatakan bahawa Syarikat anda tiada pekerja buat masa sekarang.
Muatnaik semua attachments yang diperlukan dan submit.
Setelah semua lengkap, dan tiada masalah, anda akan dapat email dari pihak Matrade memberitahu yang anda telah berjaya dengan mendapat voucher yang pertama.
Pihak Avana akan mengadakan latihan selama dua hari untuk memberi penjelasan lanjut berkaitan dengan Platform Avana dan juga Facebook. Seterusnya membuat FB ads. Latihan di bawah bimbingan Coach Zodie.
Kenapa Avana?
Platform Avana menyediakan segala yang diperlukan oleh website dari pesanan, catalogue, invoice dan payment. Auntie TIM juga mendapat domain https://www.sambalmakmah.com.my/

Apa yang perlu kita buat adalah memasukkan gambar produk dan deskripsi berkaitan produk di Avana Store Admin. Segala informasi berkaitan produk atau servis anda haruslah masukkan sendiri ye..

Ini yang akan terpampar di Facebook anda apabila anda telah melengkapkan informasi berkaitan produk dan perkhidmatan di Avana Admin.

Apa yang Auntie TIM dapat dari ini semua?
- Auntie TIM mendapat fully function website dibawah selenggaraan Avana.
- FB ads RM2,500 dari pihak Matrade
Auntie TIM mendapat segala kemudahan di atas di bawah geran E-Trade. Bagi sesiapa yang masih tak faham dan tak tahu macam mana nak buat, Auntie TIM dah beri langkah demi langkah macam mana nak buat.
Selamat Mencuba!!
Fasa kedua telah dilancarkan pada 28 Ogos 2019 antara Facebook, Matrade, Avana dan DHL. Sesiapa yang berminat, bolehlah cuba mohon.
Sumber: http://www.matrade.gov.my/en/etrade